Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • 15 nelayan Vietnam kena denda berjumlah RM3 juta
  • MAHKAMAH

15 nelayan Vietnam kena denda berjumlah RM3 juta

Utusan Sarawak 6 months ago

Seramai 15 nelayan warga Vietnam didenda RM3 juta oleh Mahkamah Sesyen di Miri hari ini atas kesalahan menceroboh perairan negara pada 5 dan 9 Oktober lalu.

MIRI: Seramai 15 nelayan warga Vietnam didenda RM3 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini  atas kesalahan menceroboh perairan negara pada 5 dan 9 Oktober lalu.

Hakim Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh berusia di antara 30 hingga 66 tahun didapati bersalah mengikut Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985 dan dibaca bersama seksyen 25 (a) akta yang sama.

Mengikut  pertuduhan pertama dan kedua, hakim telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1 juta atau penjara selama lapan bulan kepada tekong dan denda sebanyak RM250,000 setiap orang atau penjara selama lima bulan terhadap 10 awak-awak termasuk tekong bagi vesel penangkap ikan asing bernombor pendaftaran TG93997TS dan TG9499TS.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tekong didenda sebanyak RM1 juta atau penjara selama enam bulan serta empat awak-awak didenda sebanyak RM250,000 setiap seorang atau penjara selama empat bulan bagi kru vesel penangkap ikan asing bernombor pendaftaran TG92023TS itu.

Bagi pertuduhan seterusnya, mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda kepada pemilik empat vesel nelayan tempatan sebanyak RM2,000 dan RM1,500 kepada dua pemilik vesel nelayan tempatan yang lain.

Nilai keseluruhan hukuman denda dianggarkan sebanyak RM3 juta telah dikenakan terhadap pemilik, tekong dan awak-awak vesel terbabit. 

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan hasil lelongan minyak diesel dan tangkapan laut dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Muhamad Azham  Marwan, manakala semua tertuduh vesel nelayan asing diwakili oleh peguam masing-masing.

Continue Reading

Previous: Shuib dan seorang lagi pengarah Bubblebee dituduh gagal lunas cukai perkhidmatan
Next: Gagal bayar denda, lelaki ugut bunuh adik perempuan, anak saudara dipenjara enam bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.