Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 140 penduduk sertai Ceramah Keselamatan Kebakaran anjuran JBPM di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

140 penduduk sertai Ceramah Keselamatan Kebakaran anjuran JBPM di Bintulu

Utusan Sarawak 7 hours ago
SERAMAI 140 penduduk setempat menyertai Ceramah Keselamatan Kebakaran dan Taklimat Pengungsian Bangunan yang dianjurkan oleh BBP Kidurong, hari ini. Foto: BBP Kidurong

BINTULU: Seramai 140 penduduk setempat menyertai Ceramah Keselamatan Kebakaran dan Taklimat Pengungsian Bangunan yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong di Dewan Serbaguna Sungai Plan Flat, Jalan Tanjung Kidurong, hari ini.

Program yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 2.00 petang itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran serta memperkukuh tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi sebarang kecemasan.

Ceramah berkenaan dikendalikan oleh Pegawai Bomba Tinggi II (PBT II) Rary Binjie bersama anggota BBP Kidurong, iaitu PBB Nazri Joha, PBB Aiman Ahmad Aqil Sahran dan PBB Carl Aldo Sardi.

Sepanjang program, peserta diberikan pendedahan mengenai punca-punca kebakaran yang sering berlaku, langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil serta tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan insiden kebakaran.

Selain itu, taklimat mengenai prosedur pengungsian bangunan turut disampaikan bagi memastikan peserta memahami tindakan yang betul dan selamat ketika berlaku kecemasan, sekali gus membantu mengurangkan risiko kecederaan serta kehilangan nyawa.

Menurut JBPM, program tersebut berjalan lancar dan teratur dengan pematuhan penuh terhadap aspek keselamatan yang ditetapkan.

Penganjuran program seumpama itu memperlihatkan komitmen berterusan JBPM dalam memperkukuh kesedaran awam mengenai keselamatan kebakaran serta memupuk budaya pencegahan dalam kalangan masyarakat.

Usaha berterusan itu diharapkan dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kesiapsiagaan penduduk terhadap risiko kebakaran, sekali gus menyumbang kepada pembentukan komuniti yang lebih selamat, berdaya tahan dan responsif terhadap sebarang situasi kecemasan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Empat projek berimpak tinggi BDDA di DUN Kalaka diperhalusi
Next: Sukan petanque bakal diperkasakan demi pembangunan belia Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.