Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 14 maut dalam letupan di kemudahan simpanan bunga api di Kerala, India
  • GLOBAL

14 maut dalam letupan di kemudahan simpanan bunga api di Kerala, India

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERSIAPAN perayaan bertukar tragedi apabila letupan mercun di Kerala bunuh 14 individu. Foto AGENSI

HYDERABAD: Seramai 14 terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kemudahan simpanan bunga api di negeri Kerala, selatan India pada Selasa.

Mercun terbabit untuk kegunaan sempena festival keagamaan tahunan Thrissur Pooram pada 24 April.

Menurut media tempatan, premis itu menghasilkan mercun untuk Kuil Thiruvambadi Krishna, iaitu antara penganjur festival Pooram.

Angka korban yang dilaporkan ialah 14 orang. 

Sepuluh daripada mangsa yang cedera ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Kolej Perubatan Thrissur, kata Menteri Kesihatan Kerala Veena George kepada media.

Ini merupakan letupan besar kedua di kemudahan pembuatan mercun di selatan India dalam tempoh beberapa hari.

Pada Ahad, 25 pekerja terbunuh dalam satu letupan di Virudhunagar, negeri Tamil Nadu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tanzania jadi tuan rumah Pertandingan Ratu Cantik Dunia ke-74 pada 2027
Next: Universiti Islam Madinah buka kemasukan menerusi platform “Study in Saudi Arabia”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.