Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 14 korban dalam Taufan Laura
  • GLOBAL

14 korban dalam Taufan Laura

Utusan Sarawak 5 years ago
BAWA KELUAR… Seorang pekerja, Rachel Ellis membawa keluar barang daripada kedai AutoZone yang rosak dibadai Taufan Laura di Lake Charles, Louisiana. • Foto AFP

AMERIKA SYARIKAT: Sekurang-kurangnya 14 terbunuh selepas Taufan Laura membadai negeri di selatan Amerika Syarikat (AS), Louisiana dan Texas.

Gabenor Louisiana, John Bel Edwards mengesahkan sekurang-kurangnya 10 maut di negerinya di mana separuh mangsa menggunakan generator mudah alih penghasil karbon monoksida di dalam rumah selepas ribut yang berlaku pada Khamis lalu.

Empat daripada 10 yang maut itu disebabkan pokok tumbang menghempap rumah, sementara seorang lelaki lemas selepas perahunya tenggelam dalam ribut.

Sementara itu, kira-kira 464,813 penduduk tidak mempunyai sumber kuasa di Louisiana, menurut laman web Poweroutage.us.

Texas akhirnya bebas daripada bencana taufan, namun tiga daripada empat kematian di negeri itu dilaporkan disebabkan oleh keracunan karbon monoksida daripada generator yang digunakan.

Media tempatan melaporkan seorang lelaki mati di Texas Timur, namun tidak dapat disahkan sama ada dia adalah mangsa ketika taufan berlaku.

Pada Jumaat, perkhidmatan perlindungan awam Haiti melaporkan 31 maut akibat Taufan Laura yang dianggap ribut tropika yang berubah menjadi taufan kategori empat yang paling kuat. – AFP

Continue Reading

Previous: Thailand belum buka pintu untuk pelancong asing
Next: Korea Selatan kekal penjarakan fizikal tahap dua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.