PETRA JAYA: Seramai 137 individu dianugerahkan pingat dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak, hari ini.
Istiadat tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang hadir bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya.
Darjah didahului dengan Pingat Jasa Keberanian, Pingat Perwira Negeri (P.P.N.)-(Gangsa) dianugerahkan kepada tujuh individu iaitu Adni Iri, Benjamin Gersit Jais, Bong Chon Khui, Eugene Tay, Goh Yeaw Teong, Nichol Nyambang dan Hardison Doin @ Edwin.
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.) dianugerahkan kepada Chban @ Henry Chuban Jamban, James Batang Lang, Jagah @ Subeng Mula dan Patrick Sibon.
Mendahului senarai bagi penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) pula, Komander Sudin Wa, Supt. Ernest John, Profesor Dr. Mohd Azlan Jayasilan Abdul Gulam Azad, Dr. Les Met, Ir. Ts. Jong Fung Swee, Profesor Dr. Muhd Hasnain Md Hussain dan tujuh individu lain.
Seterusnya ialah Anugerah Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.) dianugerahkan kepada 23 penerima iaitu Supt. Samima Mustapha, Ts. Chai Lee Lin, Dr. Sharifah Fatimah Wan Jamel, Dr. Azilawati Banchit, Carolina Ningo, Cinderella Barnabas, Ir. Ts. Syahril Julaihi, Dr. Safura Ahmad Shakawi dan 15 individu lain.
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.) juga dianugerahkan kepada Christoper Johem, Chong Nyuk Fah, Daily Joseph, Donald Ruan dan 12 penerima lain serta Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.) yang diterima oleh Tuai Rumah Ajun Lasa, Anthony Abell Chendan, Elen Musthapa @ Lai Ilen, Johar @ Zahrah Japar termasuk 13 individu lain.
Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.) dianugerahkan kepada 32 penerima yang didahului Sarjan Abang Rili Abang Saadili, Sarjan Zulkarnain Ramat, Desmond Ahlim, Eliziuis Tan manakala Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintara Sarawak (B.B.S.) dianugerahkan kepada 25 orang penerima.
Antaranya ialah Awang Masri Awang Hamdan, Alew Nyata, Abdul Khalid Abdul Rahim dan Andaraputera Senan. – Jabatan Penerangan Sarawak