Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Selatan
  • 135 pek lampin disumbang bantu komuniti di Batu Kawa
  • Selatan

135 pek lampin disumbang bantu komuniti di Batu Kawa

Utusan Sarawak 11 hours ago
MICHAEL Kong menyerahkan lampin bayi.

KUCHING: Sebanyak 135 pek lampin diserahkan kepada Gereja Katolik St Mark sebagai sebahagian usaha membantu komuniti setempat.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Michael Kong Feng Nian, berkata sumbangan itu dibuat susulan ketidaktentuan ekonomi global yang dijangka memberi kesan kepada peningkatan kos sara hidup.

Menurutnya, kenaikan harga minyak turut menyumbang kepada tekanan kewangan, khususnya dalam kalangan keluarga muda yang baharu memulakan kerjaya.

“Ramai keluarga muda kini berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berharap sumbangan berkenaan dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam mengurus perbelanjaan harian, terutama bagi keperluan anak kecil.

Michael Kong turut menegaskan komitmen pihaknya untuk terus menyokong komuniti melalui inisiatif kebajikan serta memastikan tiada golongan yang tercicir.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Eric Tay sokong pakej bantuan Sarawak, tekankan kerjasama tangani kos sara hidup
Next: Khemah jadi rumah terbuka, tradisi raya sebulan Sarawak tampil unik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.