Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 131 kenderaan diperiksa dalam Operasi Gempur JPJ Kapit
  • Tengah
  • WILAYAH

131 kenderaan diperiksa dalam Operasi Gempur JPJ Kapit

Utusan Sarawak 10 hours ago

PEMERIKSAAN…..Sebanyak 131 kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa dalam Op Gempur Kenderaan Perdagangan yang dijalankan oleh JPJ Cawangan Kapit. Foto kredit Facebook JPJ Sarawak

KAPIT: Sebanyak 131 kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa dalam Operasi Gempur Kenderaan Perdagangan yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kapit baru-baru ini.

JPJ Sarawak menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan sepanjang operasi tersebut.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tiada lesen memandu, tiada lesen memandu vokasional, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta pelbagai kesalahan lain yang melibatkan ketidakpatuhan terhadap spesifikasi dan keperluan teknikal kenderaan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa operasi berkenaan dilaksanakan oleh JPJ Cawangan Kapit yang diketuai Ketua Unit Operasi JPJ Cawangan Kapit, Hatta Busrah bersama tiga anggota penguat kuasa dan dijalankan di sekitar pekan Kapit.

PEMERIKSAAN…..Sebanyak 131 kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa dalam Op Gempur Kenderaan Perdagangan yang dijalankan oleh JPJ Cawangan Kapit. Foto kredit Facebook JPJ Sarawak

“Fokus utama operasi adalah terhadap kenderaan perdagangan dan persendirian melalui pemeriksaan dokumen serta keadaan teknikal kenderaan,” ujarnya.

JPJ Cawangan Kapit menegaskan bahawa penguatkuasaan secara berterusan akan terus dilaksanakan bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan demi menjamin keselamatan, kesejahteraan serta kelancaran lalu lintas.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa memastikan dokumen pemanduan dan kenderaan berada dalam keadaan sah serta mematuhi undang-undang jalan raya pada setiap masa.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Machan galak lepasan SPM pilih bidang berpotensi cerah
Next: Majlis apresiasi BBP Bintangor 2025 hargai dedikasi anggota bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.