Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,306 pelajar kawasan Parlimen Sibuti dapat kit SPM
  • WILAYAH

1,306 pelajar kawasan Parlimen Sibuti dapat kit SPM

Utusan Sarawak 4 months ago

TERIMA KASIH... Lukanisman Awang Sauni menyerahkan kit SPM kepada salah seorang pelajar SMK Luar Bandar Miri.

BEKENU : Seramai 1,306 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari lapan sekolah menengah di kawasan Parlimen Sibuti merangkumi Bekenu dan Lambir menerima kit SPM.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni merangkap Ahli Parlimen Sibuti  menyampaikan sumbangan itu semalam.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Miri ( seramai 153 calon), SMK Bekenu (99), SMK Suai (210), SMK Subis (226), SMK Taman Tunku (178), SMK Riam (217), SM Sains (85) dan SMK Agama (138).

Beliau turut mengunjungi pelajar terbabit dan guru untuk menyerahkan barangan pelajaran itu.

Lukanismanjuga merasmikan pemasangan dan penggunaan skrin besar LED di empat sekolah iaitu SMK Luar Bandar, SMK Bekenu, SMK Suai dan SMK Subis.

“Ini merupakan projek menaik taraf digital di bawah Projek Mesra Rakyat, semua projek dianggarkan bernilai RM280,000,” katanya.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Mohd Maizatul johan pertandingan memancing
Next: 2025: Tekadkan usaha bawa banyak pembangunan, majukan kawasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.