BINTANGOR: Seramai 105 pelajar, 25 guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Mador telah menyertai ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata, program tersebut diadakan baru-baru ini.
“Program bermula pada jam 8.20 pagi hingga jam 11.00 pagi.
“Dua anggota bomba diketuai oleh PBK II Hilary Pitre Ambit mengendalikan program tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata peserta turut didedahkan secara praktikal cara menyelamatkan diri sekiranya terperangkap dalam kebakaran.
“Para peserta turut berpeluang belajar cara penggunaan alat pemadam api dengan tatacara yang betul.
“Program berjalan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang program dijalankan,” katanya.
Oleh Earl Anek
Gambar
Peserta yang mengambil bahagian cara mengendalikan alat pemadam api. Foto BBP Bintangor