Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 13 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Kuching
  • JENAYAH

13 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Kuching

Utusan Sarawak 22 hours ago
DITAHAN... Seramai 13 warga asing telah ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching bermula malam semalam hingga awal pagi tadi di sekitar bandar raya ini. Foto JIM Sarawak

KUCHING: Seramai 13 warga asing telah ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching bermula malam semalam hingga awal pagi tadi bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen di sekitar bandar raya ini.

Operasi yang bermula pada 7.30 malam dan berakhir kira-kira 3.30 pagi itu melibatkan kekuatan seramai 19 pegawai penguat kuasa. Pemeriksaan telah dijalankan ke atas beberapa premis yang dikenal pasti menjadi tempat tumpuan dan kediaman warga asing.

DITAHAN… Seramai 13 warga asing telah ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching bermula malam semalam hingga awal pagi tadi di sekitar bandar raya ini. Foto JIM Sarawak

Antara lokasi yang diserbu termasuk Medan Selera Kampung Boyan, rumah-rumah sewa di Tabuan dan Taman Central Timur, serta bilik-bilik sewa di sekitar kawasan Kota Sentosa dan Batu Kawa.

Walaupun terdapat cubaan melarikan diri semasa serbuan dijalankan, tindakan pantas dan cekap pegawai penguat kuasa berjaya menahan kesemua individu terbabit.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta peraturan-peraturan berkaitan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Harian: JPJ Serian periksa 93 kenderaan, kesalahan dikesan
Next: Ops Harian, Ops Kenderaan Mewah JPJ Kuching sita kenderaan langgar undang-undang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.