Ops Harian: JPJ Serian periksa 93 kenderaan, kesalahan dikesan

Facebook
WhatsApp
DIPERIKSA… Sebanyak 93 kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa semasa Ops Harian yang dijalankan di Jalan Kuching–Serian serta Jalan Outering Samarahan semalam. Foto JPJ Sarawak

SERIAN: Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Serian telah melaksanakan Ops Harian yang melibatkan penguatkuasaan secara rondaan dan pemantauan semalam.

Operasi dijalankan di Jalan Kuching–Serian serta Jalan Outering Samarahan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.

Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 93 kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan, antaranya kegagalan menyelenggara kenderaan dengan baik, pengubahsuaian peralatan kenderaan tanpa kelulusan serta lain-lain kesalahan yang melibatkan aspek teknikal kenderaan.

DIPERIKSA… Sebanyak 93 kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa semasa Ops Harian yang dijalankan di Jalan Kuching–Serian serta Jalan Outering Samarahan semalam. Foto JPJ Sarawak

JPJ Cawangan Serian akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Orang ramai disarankan agar sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan mematuhi spesifikasi yang diluluskan sebelum digunakan di jalan raya.