Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 13 remaja ditahan dalam Op samseng jalanan 
  • JENAYAH

13 remaja ditahan dalam Op samseng jalanan 

Utusan Sarawak 4 months ago

DITAHAN... Antara individu yang ditahan polis Op Samseng Jalanan di Miri. 

MIRI: Seramai 13 orang ditahan menerusi Op Samseng Jalanan yang dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu menerusi satu kenyataan malam tadi berkata, operasi itu bermula jam 5.30 petang hingga 8 malam di sekitar kawasan Taman Tunku di sini, Jumaat lalu.

“Sepanjang operasi pihak polis telah berjaya menahan 13 orang lelaki yang berumur antara 14 hingga 20 tahun dan juga turut menyita 13 motosikal untuk tujuan proses dokumentasi di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil operasi ini juga pihak polis telah mengeluarkan sebanyak 61

keping saman atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, 

ubahsuai ekzos, ubahsuai struktur motorsikal dan beberapa lagi 

kesalahan lain,” katanya. 

Justeru, Alexson menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka terhadap kegiatan anak-anak mereka agar tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang. 

Continue Reading

Previous: Ops Samseng Jalanan, polis tahan remaja
Next: Dua suspek ditahan, polis rampas 60 laras senjata api tiruan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.