Ops Samseng Jalanan, polis tahan remaja

Facebook
WhatsApp
DIPERIKSA DAN DITAHAN… Remaja lelaki diperiksa dan ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Ramli Amit, Jumaat lalu.

SIBU: Seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun diperiksa dan ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Ramli Amit, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, remaja lelaki itu ditahan kerana disyaiki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, dalam operasi yang dijalankan oleh sepasukan polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu antara 10.30 malam hingga 1.30 pagi itu, sebanyak dan empat keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Antaranya seperti kesalahan lesen kenderaan motor tamat tempoh, ubahsuai struktur, ubahsuai ekzos dan tiada cermin sisi.

“Turut ditahan juga sebuah motosikal yang ditahan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan untuk tujuan dokumentasi,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, pihak polis menasihatkan orang awam supaya mematuhi undang-undang jalan raya.

“Ibu bapa juga disaran supaya pantau dan peka dengan aktiviti anak mereka agar tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam