13 orang sertai program derma darah di Bintangor, lapan penderma darah berjaya menderma 

Facebook
WhatsApp
ANTARA yang hadir menderma darah di BBP Bintangor, semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Program derma darah anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor mencatat penyertaan 13 orang dengan lapan daripadanya berjaya menderma darah selepas melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sarikei di ruang lobi BBP Bintangor, semalam.

ANTARA yang hadir menderma darah di BBP Bintangor, semalam. Foto BBP Bintangor

“Program ini bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan awam, tetapi juga menjadi ruang mendekatkan pihak kami dengan komuniti.

“Setitis darah yang didermakan mampu memberi harapan kepada insan lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

ANTARA yang hadir menderma darah di BBP Bintangor, semalam. Foto BBP Bintangor

Katanya, pihaknya kekal komited melaksanakan program-program berbentuk sosial dan kemasyarakatan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh hubungan antara agensi keselamatan dan masyarakat.

“Terima kasih kepada semua penderma darah yang hadir dan Unit Tabung Darah Hospital Sarikei atas kerjasama yang erat bagi menjayakan program ini.

“Semoga sumbangan kecil ini memberi makna besar kepada mereka yang memerlukan dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang awam untuk tampil menderma darah pada masa akan datang,” katanya.

Oleh Earl Anek