Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 13 anak bekas anggota GISB kekal berada di institusi JKM
  • TEMPATAN

13 anak bekas anggota GISB kekal berada di institusi JKM

Utusan Sarawak 3 months ago
SIMBOLIK… Datuk Sri Nancy Shukri merasmikan simbolik perasmian Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan 2025 di Kompleks Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Sarawak di Dewan CIDB Kuching. Turut kelihatan Datuk Sri Rohani Abdul Karim. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Seramai 13 anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd masih di bawah perintah mahkamah untuk kekal berada di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, seramai enam orang diperintahkan untuk tetap mengikut Seksyen 30(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001, manakala tujuh kanak-kanak menerima perintah interim.

“Dengan ini, jumlah keseluruhan kanak-kanak di bawah institusi JKM adalah seramai 13 orang.

“Dalam pada itu, seramai 536 orang telah diserahkan kepada keluarga mereka, manakala 11 orang lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta yang sama,” katanya.

JAWAB SOALAN… Datuk Sri Nancy Shukri jawab soalan pengamal media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan 2025 di Kompleks Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Sarawak di sini, hari ini.

Tambah Nancy, beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya berusaha untuk menghubungi ibu bapa untuk menuntut anak mereka, namun ada yang berubah fikiran atas sebab yang tidak diketahui.

“Jika anak itu sudah boleh diambil, ambillah. Mereka sepatutnya memberi keutamaan untuk menjaga anak mereka sendiri. Namun begitu, kita tidak dapat memaksa mereka,” katanya.

Menurut Ketua Pengarah JKM Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, terdapat beberapa syarat untuk menuntut anak mereka di mahkamah.

“Sewaktu di mahkamah, kita akan bacakan syarat-syarat dan mereka akan tandatangan persetujuan tersebut,” katanya.

Che Murad berkata, syarat-syarat tersebut adalah komited JKM dalam menitikberatkan kepentingan untuk menjaga kebajikan anak-anak yang terlibat.

“Antara syarat tersebut ialah, ibu bapa diminta untuk mengemas kini alamat tempat tinggal baharu anak-anak bagi tujuan pengawasan terhadap mereka.

“Kedua, kita mahu memastikan ibu bapa berkenaan memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak. Ketiga, kita mahu ibu bapa hadir ke JKM yang berdekatan supaya kita dapat mengawasi keadaan anak-anak mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, JKM telah mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah susulan penempatan seramai 560 kanak-kanak, terdiri daripada 283 lelaki dan 277 perempuan, di pusat perlindungan bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Adaptasi teknologi Jepun, tangani masalah banjir
Next: Kedamaian, kemakmuran, kejayaan terus sinari TBC 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.