Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 1,257 kekosongan jawatan ditawarkan
  • TEMPATAN

1,257 kekosongan jawatan ditawarkan

Utusan Sarawak 5 years ago
VIRTUAL… Temuduga secara virtual turut dijalankan pada Program Mini Karnival Kerjaya.

SARIKEI: Sebanyak 1,257 kekosongan jawatan ditawarkan daripada pelbagai sektor dan industri di seluruh Malaysia menerusi Program Mini Karnival Kerjaya yang dijalankan serentak dengan Program Outreach Labour GRAP.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak, Awang Raduan Awang Omar berkata, dari jumlah tersebut, sebanyak 64 kekosongan merupakan kekosongan untuk calon siswazah manakala sebanyak 1,193 kekosongan pula adalah jawatan bagi kategori calon bukan siswazah.

“Antara jenis jawatan yang ditawarkan bagi calon siswazah adalah jurutera, eksekutif tadbir senior, pegawai alam sekitar, penganalisis sistem, pembantu eksekutif sumber manusia, pembantu eksekutif pengeluaran.

“Penganjuran Program Mini Karnival Kerjaya yang diadakan serentak dengan Program Outreach Labour GRAP ini adalah untuk membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan mengikut kelayakan, kemahiran dan kebolehan sedia ada dengan menghadiri temuduga terbuka yang diadakan sepanjang program berlangsung.

“Program ini juga turut menjadi platform kepada para majikan di sektor swasta untuk mencari calon pekerja yang berpotensi bagimengisi kekosongan jawatan yang sedia,” katanya ketika ditemubual para pemberita di Pusat Inovasi Sarikei (SIC), pagi semalam.

Dalam pada itu, katanya, Program Karnival Kerjaya Bahagian Sarikei yang diadakan di SIC semalam merupakan program karnival kerjaya kali ketujuh dianjurkan oleh JTK Sarawak pada tahun ini.

“Selepas program pada hari ini (semalam), JTK Sarawak bakal mengadakan lima lagi program seumpama ini sehingga Oktober 2020.

“Antara lokasi yang akan terlibat dalam penganjuran program karnival kerjaya adalah Sri Aman, Miri, Serian, Lawas dan Kuching,” ujarnya.

Bagi Program Mini Karnival Kerjaya tersebut, peluang kerjaya dijalankan melalui tiga kaedah iaitu temuduga secara virtual, bersemuka dan pendaftaran MyFutureJobs Portal.

Program tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Beliau menjalankan tinjauan disekitar program tersebut dan beramah mesra dengan mereka yang hadir untuk mencari peluang pekerjaan.
Huang juga berharap dan mendoakan mereka berjaya dalam temuduga kerjaya yang dijalankan di program tersebut.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kapit sekali lagi dilanda banjir
Next: Pembangkang mahu hancurkan impian rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.