12 maut dibadai Taufan Claudette

Facebook
WhatsApp
TAUFAN yang mencetuskan puting beliung, angin kencang dan banjir itu turut memusnahkan puluhan rumah kediaman. • Foto AFP

ALABAMA: Sekurangnya 12 individu di Alabama dilaporkan maut selepas Taufan Tropika Claudette melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat pada Sabtu.

10 individu termasuk sembilan kanak-kanak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan beberapa kenderaan akibat taufan berkenaan.

Kemalangan itu disebabkan keadaan jalan yang tidak baik susulan taufan.

Manakala dua yang maut disebabkan oleh pokok tumbang yang menimpa rumah mereka.

Taufan yang mencetuskan puting beliung, angin kencang dan banjir itu turut memusnahkan puluhan rumah kediaman.

Hujan lebat sebanyak 30 sentimeter dilaporkan susulan taufan itu di sepanjang pantai Mississippi.-AFP

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos