Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 12 maut di barat daya India selepas minum arak tiruan
  • GLOBAL

12 maut di barat daya India selepas minum arak tiruan

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR hiasan.

NEW DELHI: Kira-kira 12 orang maut selepas didakwa meminum arak tiruan di wilayah Maharashtra di barat daya India, kata polis tempatan yang mengesahkan perkara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.

Kematian berkenaan dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran bandar Pune dalam wilayah tersebut, terutamanya di Phugewadi dan Hadapsar.

Seramai tujuh orang dilaporkan maut di kawasan Phugewadi, manakala lima lagi meninggal dunia di Hadapsar.

Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.

Ketua Menteri Maharashtra Devendra Fadnavis dilaporkan telah mengarahkan siasatan lanjut berhubung tragedi itu bagi mengenal pasti sama ada terdapat kandungan metanol dalam arak berkenaan yang menjadi punca kematian, selain mengesan pihak yang bertanggungjawab.

Laporan forensik dan toksikologi masih ditunggu, menurut laporan media.

Polis mendakwa telah menahan beberapa individu yang disyaki membekalkan arak tiruan tersebut. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gelombang haba luar biasa awal landa Eropah, suhu Mei atasi rekod 
Next: PBB beri amaran larangan media sosial sahaja tidak cukup lindungi kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.