Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 12 Mahasiswa lawat Marudi, perkasa komuniti luar bandar
  • TEMPATAN

12 Mahasiswa lawat Marudi, perkasa komuniti luar bandar

Utusan Sarawak 1 day ago
MAHASISWA UUM, UUI dan PSUT mengabadikan kenangan selepas menyempurnakan khidmat bakti di Kampung Narum Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Seramai 12 orang penuntut dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Universitas Sumatera Utara, Indonesia (USUI) dan Prince Songkla Universiti Thailad (PSUT) berkampung di SMK Marudi selama tujuh hari bermula 2 Mei 2025 dan berakhir hari ini.

Lawatan mahasiswa tersebut bertujuan untuk memperkasa komuniti luar bandar melalui pendidikan, kesedaran alam sekitar dan ekonomi sekali gus memperkenalkan teknologi lestari serta amalan mampan bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

Menurut Urusetia program SMK Marudi, Mohammed Ami Jeli program ini memperluas akses pendidikan dan pertukaran budaya melalui sesi motivasi dan bimbingan pelajar.

“Penyertaan penuntut dari Universitas Sumatera Utara Indonesia (USUI) dan dan Prince Songkla Universiti Thailad (PSUT) itu akan mengukuhkan perkongsian ilmu dan pemahaman budaya antara peserta dan komuniti,” katanya ketika ditemui media.

Tambahnya, program ini juga membangunkan kepimpinan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa melalui pengalaman lapangan yang bermakna.

“Penglibatan dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Bakti Siswa melatih kemahiran kepimpinan serta kerja berpasukan yang menjadikan mahasiswa lebih cakna dan bersedia untuk menyumbang kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

Beliau berharap mereka mendapat pengalaman dan pendedahan kepada budaya, kehidupan, keunikan, perpaduan dan toleransi penduduk Marudi dan berharap program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.

 Oleh Jiku Juguong

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM98.82 juta disalur kepada lebih 55,000 penerima, Sarawak prihatin sempena Gawai
Next: Ling sumbang tiga bangku kayu kepada Klinik Komuniti  Bandong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.