Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 118 berhibur di kelab malam dicekup
  • NASIONAL

118 berhibur di kelab malam dicekup

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 24 Jun -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perdana Putra hari ini. Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti ibadah korban di masjid, surau atau kawasan dibenarkan pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, June 24 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob at a daily press conference on the Recovery Movement Control Order (RMCO) at Perdana Putra today. Federal Territories religious authorities allowing Aidiladha "ibadah korban" at mosques, surau or permitted areas. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

MENTERI Kanan (Kluster KeselamataN) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media bekenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam. •Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tindakan   118 individu yang leka berhibur di   kelab malam dan pub membawa padah, apabila ditahan kerana melanggar   Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Selasa lepas.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)   Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tangkapan itu   merupakan jumlah tertinggi daripada 221 individu yang ditahan Selasa lepas kerana ingkar PKPP.

“Daripada keseluruhan   jumlah tangkapan itu, 212 individu dikompaun, lapan   direman dan seorang individu dijamin,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan PKPP di sini semalam.

Antara kesalahan lain termasuk   gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (34), tidak mematuhi penjarakan fizikal (43), tidak memakai pelitup muka (18), gagal mematuhi perintah kuarantin (1), premis beroperasi lebih masa (5), serta tangkapan terhadap pendatang tanpa izin   (2).

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sebanyak   24 tangkapan melibatkan 61 pendatang tanpa izin   dan lima tekong, berjaya dilakukan   melalui Operasi Benteng, Selasa lepas.

Beliau berkata, di bandar Penawar, Johor, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 26 pendatang tanpa izin, manakala di Bukit Kayu Hitam, Kedah,   12 migran ditahan, kerana tidak mempunyai dokumen   pengenalan diri yang sah.

“Polis Diraja Malaysia melalui Sekatan Jalan Raya   Ops Benteng pula, telah memeriksa 24,972 kenderaan dan berjaya melakukan 11 tangkapan,”   katanya.

Memperincikan mengenai kepulangan rakyat Malaysia ke negara ini   Ismail Sabri berkata, sejak 24 Julai sehingga Selasa lepas, 25,688 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Beliau berkata, kesemua mereka yang pulang dari 32 negara ditempatkan di 70 hotel dan lapan Institut Latihan Awam (ILA), serta institusi pengajian tinggi swasta seluruh negara.

Katanya, kerajaan sejak 30 Mac telah melakukan 9,883 operasi sanitasi awam merangkumi 134 zon di seluruh negara. – Bernama

Continue Reading

Previous: MCA sebahagian daripada komponen BN
Next: MSM gesa Zahidi dirujuk ke JHK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.