Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 117 pelajar Hafaz al-Quran, cemerlang SPM
  • PENDIDIKAN

117 pelajar Hafaz al-Quran, cemerlang SPM

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGETUA Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Termezi Jusoh (kanan) bersama ahli pasukan sekolah itu yang memenangi sijil Anugerah Emas dalam pertandingan Anugerah Kreativiti dan Inovasi Antarabangsa (ICIA) 2025, yang berlangsung di Univerisiti Ekonomi Ho Chi Minh, Vietnam pada 24 hingga 28 April lepas. FOTO BERNAMA

JERTIH: Sebanyak 117 pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Besut berjaya membuktikan bahawa mereka bukan sahaja berkebolehan menghafaz 30 juzuk al-Quran malah mampu mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Pengetua sekolah berkenaan, Termezi Jusoh berkata lebih membanggakan apabila 68 pelajar atau lebih daripada separuh memperoleh keputusan 10A hingga 12A dalam peperiksaan tersebut.

“Daripada jumlah itu, 37 orang memperoleh 12A termasuk dua orang 12A+, 11A (13 orang) dan 10A (18 orang).

“Selebihnya, 13 orang memperoleh 9A, 8A (17 orang), 7A (9 orang), 6A (7 orang), 5A (2 orang) dan seorang memperoleh 4A,” katanya selepas menghadiri Majlis Apresiasi dan Kenduri Kesyukuran SPM 2024 Sekolah Menengah Imtiaz YT Besut di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Penolong Pengarah Eksiklopedik Bahagian Pengurusan Imtiaz YT Faizah Nasriah Osman.

Termezi berkata keputusan itu melayakkan sekolahnya berada di kedudukan ketiga terbaik kebangsaan bagi kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

“Semua pelajar tersebut bukan sahaja cemerlang subjek agama dan sains tetapi paling istimewa 30 juzuk al-Quran ada dalam dada mereka,” katanya.

Beliau berkata warga Imtiaz YT Besut turut meraikan berita gembira apabila pasukan sekolah itu membawa pulang anugerah emas di pertandingan Anugerah Kreativiti dan Inovasi Antarabangsa (ICIA) 2025 yang berlangsung di University of Economic, Ho Chi Minh, Vietnam dari 24 hingga 28 April lepas.

Pasukan berkenaan diwakili guru pengiring, Muhammad Badruzzaman Hassan dan Syahida Kamal Mat Nawi serta tiga pelajar, Ahmad Wajdan Mohd Shafiee, Muhammad Hafizin Fahmi Mohd Hamdan dan Nik Aqil Syauqi Nik Abdul Halim.

“Mereka telah membentangkan projek interaktif i-Tasheel Arabic Inovation (i-TAR) dan berjaya merangkul Anugerah Emas sekali gus mengharumkan nama sekolah di persada antarabangsa.

“Melalui i-TAR, pelajar memperoleh pengetahuan yang mendalam (ensiklopedik) dalam mengenali tanda-tanda i’rab dan seterusnya menganalisis (ijtihadik) baris akhir perkataan dalam al-Quran,” katanya.

Termezi berkata kejayaan itu membuktikan komitmen Imtiaz YT Besut dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam bidang inovasi dan kreatif selaras dengan aspirasi pendidikan negara. — Bernama

Continue Reading

Previous: Guru tidak perlu cetak e-RPH setiap minggu – KPM
Next: iCats, JKR Sarawak jalin kerjasama strategik tingkat kebolehpasaran graduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.