Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 11,656 kereta elektrik didaftarkan di Kemboja
  • GLOBAL

11,656 kereta elektrik didaftarkan di Kemboja

Utusan Sarawak 5 hours ago

PHNOM PENH: Kemboja telah mendaftarkan sejumlah 11,656 kenderaan elektrik (EV) dari 2021 hingga Mac 2026, kata jurucakap Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan Phan Rim pada Khamis, lapor Xinhua.

Selain itu, negara Asia Tenggara tersebut merekodkan 3,832 motosikal elektrik dan 722 kenderaan tiga roda elektrik setakat Mac tahun ini, katanya.

“Kami melihat peningkatan ketara dalam pendaftaran EV pada Mac tahun ini,” katanya kepada Xinhua.”Sebanyak 1,676 EV telah didaftarkan dalam bulan Mac tahun ini.”

Phan Rim berkata semakin ramai beralih kepada EV selepas lonjakan harga minyak global yang disebabkan oleh konflik Asia Barat.

Seliter diesel berharga 5,700 riel (kira-kira AS$1.42) pada Khamis manakala petrol biasa berharga 4,950 riel, menurut Kementerian Perdagangan.

“Menggunakan EV menjimatkan kos bahan api dan mesra alam kerana EV menghasilkan sifar pelepasan ekzos,” katanya. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 2 maut, 19 dimasukkan ke hospital kebocoran bahan kimia di Virginia, AS
Next: Jepun rancang perketat semakan umur pengguna media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.