Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 112 usahawan sertai Festival Kraf Borneo 2024
  • TEMPATAN

112 usahawan sertai Festival Kraf Borneo 2024

Utusan Sarawak 7 months ago
MENARIK… Salah satu reruai produk kraf melibatkan usahawan dari Sarawak dan Sabah di Festival Kraf Borneo (FKB) 2024 sempena Regata Sarawak di Tebingan Kuching. Foto Herriey Naha

KUCHING: Seramai 112 usahawan dari seluruh Malaysia menyertai Festival Kraf Borneo (FKB) 2024 sempena Regata Sarawak di Tebingan Kuching pada hari ini (25 Oktober) hingga 3 November depan.

Program ini merupakan aktiviti jualan produk oleh usahawan kraf yang berdaftar di bawah Kraftangan Malaysia, dengan penyertaan diutamakan kepada usahawan dari Sarawak dan Sabah serta turut disertai oleh usahawan dari Semenanjung.

Usahawan yang dipilih merangkumi semua bidang kraf termasuk aneka kraf, tekstil, hasil rimba, hasil tanah dan hasil logam.

KREATIF… Pelbagai jenis anyaman bakul plastik.

Dalam pada itu, seramai 14 komuniti terlibat dalam aktiviti jualan produk kraf di bawah Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK).

Jualan produk kraf komuniti adalah aktiviti yang membolehkan komuniti mempelajari jual beli, rundingan dengan pelanggan, menerima tempahan, dan mempromosikan produk kepada pengunjung.

Selain itu, turut diadakan ialah demonstrasi pembuatan produk kraf melibatkan usahawan dari Sarawak dan Sabah bermula pada 10.00 pagi hingga 6.00 petang sepanjang festival dijalankan.

Aktiviti ini memberi peluang kepada pengunjung melihat ketelitian kerja tangan usahawan kraf dalam menghasilkan produk kraf tempatan dari Sarawak dan Sabah.

Pada masa yang sama, FKB 2024 juga menyediakan ruangan pameran produk ‘Ini Kraf Malaysia’ dan produk hasil pelajar Kampus Satelit Institut Kraf Negara (IKN) bagi Program Tenunan Pua dan Tenunan Songket.

FKB 2024 turut mengadakan program pengembangan ilmu bagi memperkasakan pengetahuan berkaitan seni kraf warisan negara agar sentiasa terpelihara dan diwarisi generasi akan datang.

Perasmian FKB 2024 akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Tebingan Kuching pada 11.00 pagi esok.
Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Metro tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya
Next: Generasi muda seperti Cimal, memastikan alat muzik tradisional kekal ‘hidup’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.