Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 11 wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel
  • GLOBAL

11 wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel

Utusan Sarawak 2 years ago
PERTIKAIAN Israel dan kelompok Palestina di Gaza pada 2014 membuat penghuni kawasan itu menderita.

ANKARA: Sekurang-kurangnya 11 wartawan terbunuh dalam serangan udara besar-besaran tentera Israel di Semenanjung Gaza, kata Committee to Protect Journalists (CPJ) dalam satu kenyataan, semalam.

Antara yang terkorban dalam serangan Israel di selatan Lubnan semalam ialah seorang juruvideo Reuters.

Selain itu, dua lagi wartawan televisyen Al Jazeera yang berpangkalan di Doha cedera dalam serangan itu.

“Dalam tujuh hari pertama pertempuran, sekurang-kurangnya 11 wartawan terbunuh, dua hilang dan dua lagi cedera.

“Pada 13 Oktober, seorang wartawan yang berpangkalan di Beirut terbunuh semasa serangan tentera Israel di selatan Lubnan,” kata CPR lapor Agensi Anadolu.

CPJ berkata, wartawan di Gaza berdepan risiko tinggi semasa membuat liputan mengenai konflik di tengah-tengah serangan udara yang berterusan.

“CPJ menekankan bahawa wartawan adalah orang awam yang melakukan kerja penting semasa krisis dan tidak boleh menjadi sasaran pihak yang bertelagah.

“Wartawan membuat pengorbanan besar dengan membuat liputan konflik di seluruh rantau ini. Langkah-langkah untuk memastikan keselamatan mereka mesti diambil oleh semua pihak untuk menghentikan angka kematian yang besar ini,” kata penyelaras program Asia Barat dan Afrika Utara CPJ, Sherif Mansour. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: PBB rayu AS$294 juta bantuan kecemasan tangani keperluan segera di GAZA, Tebingan Barat
Next: UAE sediakan lebih AS$13 juta bantuan kemanusiaan kepada Palestin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.