Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 11 Ops Sanitasi Awam di Sri Aman
  • TEMPATAN

11 Ops Sanitasi Awam di Sri Aman

Utusan Sarawak 5 years ago

SIMANGGANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Bahagian Sri Aman melaksanakan 11 Ops Sanitasi Awam di seluruh bahagian Sri Aman sejak 4 April lalu dan bakal berakhir pada 18 April ini.

Penguasa Bomba Zon 3 Sarawak, Nik Mohamad Afiq Nik Roslan berkata, setakat semalam 11 lokasi terpilih telah dikenalpasti dan akan dilaksanakan pada Ops Sanitasi dengan kebanyakannya dibuat berulang atas permintaan bagi mengurangkan impak dari segi penyebaran dan juga memutuskan rantaian Covid-19.

“Untuk makluman, setakat semalam pihak kita sudah melaksanakan lima program sanitasi awam yang bermula 4 April lalu di Pasar Tamu Sri Aman, 10 April di Taman Perumahan Sri Jaya, 11 April di Bangunan dua tingkat (MDSA), 12 Mac di IPD Sri Aman manakala semalam, dua lokasi pasar raya utama Fair Price dan Doraemon,” katanya.

Mengulas lanjut Nik Muhammad memberitahu, daripada 11 Ops Sanitasi Awam yang dilaksanakan, lima daripadanya melibatkan bangunan kerajaan, empat pasar awam dan dua pasar raya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pemilik premis supaya memastikan peralatan elektrik diasingkan, kenderaan atau bahan yang boleh luntur atau rosak juga perlu dialih bagi mengelak laluan proses sanitasi terhalang.

Beliau berkata, program sanitasi awam itu mendapat kerjasama daripada Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dan juga Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA).

“Operasi pembasmian kuman ini akan dijalankan dari jam 3.00 petang dan jam 6.00 petang setiap hari mengikut lokasi.

“Operasi ini melibatkan seramai 10 anggota bomba, enam anggota penguat kuasa MDSA serta empat anggota penguat kuasa MDLA,” ujar beliau.

Nik Mohamad turut mengingatkan orang awam di kawasan yang dinyatakan tadi agar tidak ke tempat yang sudah dibersihkan melalui operasi nyahcemar buat sementara waktu.

Continue Reading

Previous: Beri fokus terhadap kebajikan rakyat
Next: Buaya 9 kaki tewas di tangan SFC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.