Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 1,000 rumah setinggan di ibu kota Filipina terbakar
  • GLOBAL

1,000 rumah setinggan di ibu kota Filipina terbakar

Utusan Sarawak 6 months ago

Kebakaran dipercayai bermula di tingkat dua salah sebuah rumah di kampung Isla Puting Bato. - Foto AFP

MANILA: Api jingga marak dan asap hitam tebal berkepul-kepul ke langit ketika api menyambar ratusan rumah di kawasan setinggan di ibu negara di sini, hari ini. 

Jabatan Bomba daerah Manila berkata, kira-kira 1,000 rumah terbakar dalam kebakaran yang dipercayai bermula di tingkat dua salah sebuah rumah.

Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa. Rakaman dron yang dikongsi dalam talian oleh agensi bencana bandar itu menunjukkan rumah di kampung Isla Puting Bato di Manila, musnah.

Struktur itu menempatkan kira-kira 2,000 keluarga, menurut jabatan bomba.

Penduduk kampung, Leonila Abiertas, 65, berkata beliau kehilangan hampir semua harta bendanya tetapi berjaya menyelamatkan abu mendiang suaminya.

“Saya hanya mendapat tempayan dengan abu suami saya,” kata Abiertas yang menangis kepada AFP.

“Saya benar-benar tidak tahu bagaimana saya boleh memulakan hidup saya semula selepas kebakaran ini.”

Perkhidmatan bomba dan bencana mengerahkan 36 trak dan empat bot bomba, manakala tentera udara negara itu menghantar dua helikopter untuk membantu memadamkan kebakaran.

“Kawasan itu terdedah kepada kebakaran kerana kebanyakan rumah di situ diperbuat daripada bahan ringan,” kata anggota bomba Geanelli Nunez kepada AFP. – AFP

Continue Reading

Previous: Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat
Next: 13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di Sumatera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.