Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 100 INDIVIDU POSITIF COVID-19 SERAH DIRI
  • TEMPATAN

100 INDIVIDU POSITIF COVID-19 SERAH DIRI

Utusan Sarawak 4 years ago
BERTUGAS… Para petugas bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Bahagian Bintulu melakukan pendaftaran peserta untuk menerima suntikan vaksin pada 25 April lalu.

BINTULU: Isu membabitkan 100 individu positif Covid-19 yang hilang dari radar dan tidak dapat dihubungi sebelum ini telah tampil menyerah diri.

Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu, Dr. Melvin Chung Hsien Liang berkata, kesemua pesakit terlibat telah menghubungi dan menyerah diri kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.

“Pesakit juga bersetuju untuk menerima rawatan di Hospital Bintulu dan Pusat Kawalan dan Berisiko Rendah(PKRC) Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Residen Bahagian Bintulu, petang semalam.

Menurutnya, pesakit sendiri menghubungi Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu selepas Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing mendedahkan perkara itu menerusi kenyataannya di laman sosial Facebook beliau, pada Ahad.

“Pesakit itu telah berhubung sendiri dengan pihak Pejabat Kesihatan Bintulu untuk menyerah diri dan mereka juga bersetuju mendapat rawatan di Hospital Bintulu,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut mendapat bantuan daripada pihak Polis Diraja Malaysia Daerah Bintulu bagi mengesan pesakit terutama yang sukar dihubungi.

Terdahulu, Tiong juga Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke China itu menerusi kenyataannya pada Ahad mendedahkan lebih 100 individu positif Covid-19 di Bintulu antara 12 April dan 21 April lalu tidak dapat dikesan atau dihubungi kerana mereka memberikan maklumat peribadi palsu.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: Pegawai, anggota bomba terima suntikan
Next: KM terima kunjungan AZAM Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.