Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10 terbunuh dalam kebakaran Pusat Jagaan Warga Emas di BiH
  • GLOBAL

10 terbunuh dalam kebakaran Pusat Jagaan Warga Emas di BiH

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEKURANG-kurangnya 10 maut dan 20 cedera selepas kebakaran melanda Pusat Jagaan Warga Emas Tuzla, Bosnia dan Herzegovina pada malam Selasa.
ANGGOTA bomba dan sukarelawan memadam kebakaran di Pusat Jagaan Warga Emas Tuzla, Bosnia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa.

SARAJEVO: Sekurang-kurangnya 10  terbunuh manakala 20 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di Pusat Jagaan Warga Emas Tuzla di Bosnia dan Herzegovina (BiH) pada malam Selasa, lapor Xinhua memetik sumber media tempatan.

Kebakaran dilaporkan berlaku sekitar 8.45 malam (1945 GMT) di tingkat tujuh pusat jagaan berkenaan dan berjaya dikawal oleh anggota bomba serta sukarelawan dari Tuzla dan kawasan sekitar, menurut kenyataan rasmi pusat jagaan itu.

Pasukan perubatan dari beberapa pusat kesihatan tempatan memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera, yang kemudiannya dirawat di Pusat Klinikal Universiti Tuzla.

Antara yang cedera termasuk penghuni pusat jagaan, kakitangan, anggota polis, bomba, serta pasukan perubatan.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan untuk menentukan punca kebakaran.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Nahas pesawat di Louisville ragut 3 nyawa, 11 cedera – Gabenor Kentucky
Next: 66 maut, 430,000 hilang tempat tinggal akibat Taufan Kalmaegi landa Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.