Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10 maut dalam serangan di pusat pemulihan
  • GLOBAL

10 maut dalam serangan di pusat pemulihan

Utusan Sarawak 5 years ago
SEBUAH pusat rawatan dadah di Guanajuato diserang pada Sabtu lepas, membunuh 10 orang. – Foto AFP

BANDAR MEXICO: Seramai 10 orang terbunuh dalam satu serangan di pusat pemulihan dadah di Guanajuato, negeri di tengah Mexico.

Dilaporkan, kumpulan bersenjata melakukan serangan di pusat berkenaan yang terletak di Irapuato, petang Sabtu.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan, tembakan dilepaskan mengakibatkan sembilan orang terbunuh serta-merta.

Setiausaha keselamatan awam negeri berkata, mangsa ke-10 yang cedera kemudiannya meninggal dunia di hospital.

“Kumpulan penyerang memasuki kawasan itu dengan melakukan keganasan melampau,” kata pihak berkuasa.

Polis tiba di tempat kejadian bagi mengawal keselamatan sebelum pegawai dari pejabat pendakwa raya negeri mengumpul bahan bukti untuk memulakan penyiasatan.

Tahun lalu, Mexico merekodkan 34,582 pembunuhan, antara yang tertinggi sejak data rasmi direkodkan pada 1997.-AFP

Continue Reading

Previous: Terperangkap dalam perigi selepas dikejar anjing
Next: Trudeau sertai solidariti buat George Floyd

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.