Zootopia 2 perbaharui rekod jumlah penonton filem import di pasaran China

Facebook
WhatsApp
FILEM Disney ‘Zootopia 2’ mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penonton China. 

BEIJING, China: Filem Disney ‘Zootopia 2’ mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penonton China. 

Menurut statistik terkini platform dalam talian, sehingga 18 Disember, ‘Zootopia 2’ berjaya memperoleh kutipan tiket sebanyak RM2.2 bilion, melibatkan 91.06 juta penonton di seluruh China.

Ia sekali gus memperbaharui rekod jumlah penonton filem import di China yang dicipta oleh ‘Avengers: Endgame’ sebelum ini, iaitu 86.8 juta penonton. 

Beberapa media asing mengulas bahawa pasaran China menjadi antara sumber kutipan tiket utama di dunia.

Menurut ulasan berkaitan, pasaran filem China mempunyai pelbagai kelebihan seperti skop yang besar, struktur yang stabil, persaingan baik, dan keterangkuman.

Justeru, ia boleh secara proaktif terlibat dalam penyusunan semula landskap industri perfileman global.

-Bernama  

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi