Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zon Utara juara keseluruhan SUKSAR IV 2026
  • SUKAN

Zon Utara juara keseluruhan SUKSAR IV 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan hadiah juara keseluruhan kepada Kontinjen Zon Utara yang muncul juara keseluruhan SUKSAR IV 2026. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Kontinjen Zon Utara muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) edisi ke-IV 2026 selepas melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang, hari ini.

Kejayaan tersebut menyaksikan Zon Utara mendominasi carta pingat dengan kutipan keseluruhan 39 pingat emas, 37 perak dan 32 gangsa, sekali gus mengesahkan keunggulan kontinjen itu sepanjang temasya dwitahunan berprestij berkenaan.

Zon Selatan pula meraih tempat kedua keseluruhan selepas mengumpul 30 pingat emas, 28 perak dan 24 gangsa, diikuti Zon Barat di tempat ketiga dengan 19 emas, 14 perak dan 37 gangsa.

Sementara itu, Zon Tengah menamatkan saingan di kedudukan keempat keseluruhan selepas mengumpul 17 pingat emas, 24 perak dan 34 gangsa.

Majlis Penangguhan SUKSAR IV 2026 telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, sekali gus menandakan berakhirnya temasya sukan tersebut.

Penganjuran SUKSAR edisi keempat ini melibatkan seramai 1,093 peserta yang terdiri daripada atlet, pegawai, kakitangan sokongan serta sukarelawan dari seluruh negeri Sarawak.

Sebanyak 11 jenis sukan telah dipertandingkan dengan keseluruhan 345 pingat ditawarkan, merangkumi 105 pingat emas, 105 perak dan 135 gangsa, menjadikan temasya ini sebagai medan persaingan yang sengit dan berprestij.

Dari segi pengagihan lokasi, Sri Aman menjadi venue bagi acara bola keranjang, petanque, pingpong, softball dan tinju, manakala Betong menempatkan acara angkat berat, berbasikal, bola jaring dan taekwondo.

Lubok Antu pula dipilih sebagai lokasi pertandingan bagi acara karate dan sepak takraw, sekali gus menyerlahkan kerjasama pelbagai daerah dalam menjayakan SUKSAR IV 2026.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak ucap tahniah kepada Kuching City FC atas prestasi cemerlang
Next: Sarawak buktikan kejayaan ekonomi, komitmen tinggi bangunkan sukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.