
KUALA LUMPUR: Isteri Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, iaitu Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad meluahkan bahawa mungkin ramai tidak mengetahui hati suaminya,
Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, tetapi beliau mengetahuinya.
Sepanjang 16 tahun bersama, beliau menyaksikan kebaikan, kemurahan hati, dan kasih sayang Allahyarham terhadap orang ramai, dan memohon agar orang ramai mendoakannya.
Zizie memuat naik hantaran terakhir sebelum negara dikejutkan dengan berita pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu.
Melalui hantaran Instagram Story (IGs), Zizie, 47, meluahkan bahawa Allahyarham Bung Moktar memiliki keperibadian murni yang tidak diketahui ramai.
Hantaran itu turut disertakan dengan video kenangan Bung Moktar bersama anak-anak mereka.
Zizie dan Bung Moktar mendirikan rumah tangga pada 2009.