Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Zin kendali 1,500 lembu, kambing sejak 45 tahun jadi tukang sembelih
  • INSPIRASI

Zin kendali 1,500 lembu, kambing sejak 45 tahun jadi tukang sembelih

Utusan Sarawak 17 hours ago
SETIAP kali tibanya Aidiladha, Ariffin Mat, 68, atau lebih mesra disapa Zin yang berpengalaman lebih 45 tahun sebagai tukang sembelih, tidak menang tangan menerima tempahan bermula hari raya pertama hingga kedua. Foto BERNAMA

KOTA BHARU:  Setiap kali tibanya Aidiladha, Ariffin Mat, 68, atau lebih mesra disapa Zin yang berpengalaman lebih 45 tahun sebagai tukang sembelih, tidak menang tangan menerima tempahan bermula hari raya pertama hingga kedua.

Zin berkata sepanjang bergelar tukang sembelih, beliau sudah mengendalikan lebih 1,500 kerja sembelihan lembu, kambing dan biri-biri bukan sahaja pada Aidiladha, malah untuk kenduri dan aktiviti jualan. 

“Pada tahun ini saya mendapat 12 tempahan untuk sembelihan lembu dan kambing di sekitar Peringat dan Melor di sini.

“Sepatutnya saya menerima 20 tempahan, tetapi terpaksa menolaknya memandangkan masa sembelihan terutama selepas solat Aidiladha bertembung,” katanya kepada pemberita di Kampung Padang Kala Peringat di sini hari ini.

Berasal dari Kampung Kubang Edang Peringat di sini, Zin berkata terdapat beberapa petua bagi membolehkan kerja penyembelihan supaya berjalan lancar dan memenuhi syarat korban.

Antara petua bagi membolehkan haiwan ternakan yang disembelih tidak berbau ‘lembu’ dan berlemak, ia bergantung kepada beberapa faktor yang dipelajari daripada kawannya.

“Antara petua saya amalkan, iaitu tidak berasa gerun semasa menyembelih dan paling utama pakaian perlulah betul-betul bersih, selain kedudukan tukang sembelih kena menyerong sedikit bagi mengelak daging berbau.

“Untuk daging menjadi lembut dan tidak berlemak, antara petuanya ialah pisau yang diasah perlu bersih serta tidak berkarat kerana kerja penyembelihan memerlukan pisau sangat tajam,” katanya.

Tukang sembelih memerlukan tenaga yang cukup bagi memastikan syarat sembelihan dapat disempurnakan seperti halkum haiwan terputus atau sekurang-kurangnya separuh terpotong.

“Petua lain bagi mengelak daging berlemak dan melekat di tangan, sebaik sahaja selesai sembelihan, pisau yang digunakan perlu dikesat pada kulit badan haiwan itu sendiri,” katanya yang mempunyai lapan bilah pisau dan turut menternak 10 ekor lembu.

Zin berkata tukang sembelih korban perlu mempunyai permit kebenaran yang dimohon menerusi Pejabat Penggawa Daerah dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri.

“Dahulu tukang sembelih hanya diberikan daging korban, namun pada masa sekarang saya tidak meletakkan harga, tetapi biasanya sagu hati diberikan oleh pemilik ternakan antara RM50 hingga RM100 bagi seekor lembu.

“Setakat ini, saya mempunyai lebih lima pelapis tukang sembelih yang belajar kaedah penyembelihan,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sir Wood tawan dunia perkayuan, impi miliki bengkel lengkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.