Zimbabwe tutup sementara Hutan Hujan Air Terjun Victoria susulan kehadiran gajah

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HARARE: Zimbabwe menutup sementara akses ke destinasi pelancongan utamanya, Hutan Hujan Air Terjun Victoria, susulan laporan mengenai kehadiran seekor gajah yang berkeliaran di kawasan itu, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Taman dan Hidupan Liar Zimbabwe (ZimParks) pada Selasa, lapor Xinhua.

“Langkah sekatan itu dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi keselamatan pengunjung, kakitangan dan hidupan liar, di samping meminimumkan risiko konflik antara manusia dengan hidupan liar.

“Pasukan ZimParks sedang memantau keadaan dengan teliti dan akan memaklumkan kepada orang ramai sebaik sahaja kawasan itu selamat untuk dibuka semula,” menurut ZimParks dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial.

HUTAN Hujan Air Terjun Victoria.

Pihak berkuasa itu menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan yang dikenakan sekatan, tidak menghampiri gajah berkenaan serta tidak mengganggu operasi pengurusan hidupan liar.

Hutan hujan yang menempatkan Air Terjun Victoria, satu daripada tarikan ikonik Zimbabwe, menarik puluhan ribu pelancong antarabangsa dan domestik setiap tahun. – Bernama