Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zii Jia tarik diri Kumamoto Masters Jepun 2025
  • SUKAN

Zii Jia tarik diri Kumamoto Masters Jepun 2025

Utusan Sarawak 17 hours ago
LEE Zii Jia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters Jepun 2025.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters Jepun 2025 yang dijadualkan berlangsung di Gimnasium Wilayah Kumamoto dari 11 hingga 16 November ini.

Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang turut menyenaraikan beberapa pemain lain yang menarik diri daripada kejohanan bertaraf Super 500 itu, termasuk pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2024 dari Denmark, Viktor Axelsen, rakan senegaranya Anders Antonsen serta pemain Indonesia Jonatan Christie dan Anthony Sinisuka Ginting.

Pasukan Zii Jia (Team LZJ) bagaimanapun masih belum mendedahkan sebab utama di sebalik penarikan diri beliau daripada Kumamoto Masters Jepun 2025.

Pada 1 Oktober lepas, Team LZJ menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya menjalani program pemulihan lanjutan bagi menangani masalah sakit belakang yang berterusan.

Sehubungan itu, juara All England 2021 berkenaan terlepas tiga kejohanan di Eropah baru-baru ini iaitu Terbuka Denmark, Terbuka Perancis dan Terbuka Hylo.

Zii Jia kali terakhir beraksi pada Masters China 2025 pada September lepas, apabila beliau terpaksa menarik diri pada set penentuan dalam pusingan pertama menentang pemain Taiwan Lin Chun-Yi ketika ketinggalan 6-14.

Pemain kelahiran Kedah itu sebelum itu memenangi set pertama 21-17 sebelum tewas tipis 21-23 pada set kedua.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lapan acara sukan dan Program Atlet Sihat warnai temasya Sukan Olimpik Khas Malaysia 2026
Next: Beckham kini bergelar Sir, anggap gelaran kesatria sebagai ‘detik paling membanggakan’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.