Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zii Jia sah sertai Piala Thomas 2026
  • SUKAN

Zii Jia sah sertai Piala Thomas 2026

Utusan Sarawak 10 hours ago
PEMAIN perseorangan profesional negara Lee Zii Jia disenaraikan untuk menggalas tugas negara dalam saingan Piala Thomas 2026 yang akan berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini. Foto Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia disenaraikan untuk menggalas tugas negara dalam saingan Piala Thomas 2026 yang akan berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu akan bergandingan bersama Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Aidil Sholeh Ali Sadikin dalam acara perseorangan lelaki. 

Penyenaraian pemain berusia 28 tahun itu dilihat mampu memperkukuh cabaran negara dalam usaha memburu kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 1992.

Bagi acara beregu lelaki, cabaran negara diterajui pasangan nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, selain Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta gandingan profesional Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani.

Skuad lelaki kebangsaan sebelum ini diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, England dan Finland. 

Sementara itu, bagi saingan Piala Uber 2026, skuad negara menyaksikan kembalinya gandingan utama beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah, sebagai sandaran utama selain pasangan muda Ong Xin Yee-Carmen Ting serta Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah.

Pearly-Thinaah sebelum ini tidak menyertai edisi 2024 di Chengdu, China bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Sukan Olimpik Paris.

Dalam pada itu, skuad perseorangan wanita menyenaraikan empat pemain diketuai K. Letshanaa bersama Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi dan Goh Jin Wei.

Skuad wanita turut diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Turki dan Afrika Selatan.

-Bernama 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: X-Games Antarabangsa DBKU 2026 perkasa sukan ekstrem, lonjak pelancongan Sarawak
Next: Sukma 2026: Tiada perkampungan sukan, atlet terima subsidi RM100 sehari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.