Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Zii Jia dalam radar BAM perkuat skuad Piala Thomas
  • SUKAN

Zii Jia dalam radar BAM perkuat skuad Piala Thomas

Utusan Sarawak 3 hours ago
ZII Jia dalam pertimbangan BAM untuk perkuat skuad Piala Thomas 2026.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia berada dalam senarai pertimbangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi skuad Piala Thomas 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM Datuk Seri Lee Chong Wei berkata khidmat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik di Paris itu kekal ditagih bagi menghadapi kejohanan berpasukan paling berprestij berkenaan.

“Kami akan memanggil pemain profesional untuk bersama dalam persiapan Piala Thomas. Zii Jia tidak boleh diketepikan begitu sahaja. 

“Tahap pemulihannya masih belum diketahui kerana kami belum menerima maklum balas. Harap dia dapat pulih sepenuhnya,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat bersama jurulatih kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Chong Wei berkata beliau mengakui barisan pemain perseorangan lelaki negara masih bergelut untuk mempamerkan aksi yang konsisten.

Justeru, beliau berkata pihaknya akan terus memantau prestasi pemain perseorangan lelaki dari semasa ke semasa untuk diserapkan ke skuad Piala Thomas.

“Masih ada enam bulan sebelum Piala Thomas, jadi kami berharap jurulatih dapat mempersiapkan mereka sebaik mungkin,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Slot puji gol ‘penting’ Isak ketika Liverpool tewaskan West Ham
Next: Sarawak sedia belanja lebih, naik taraf 11 fasiliti hadapi Sukan SEA 2027 – Abdul Karim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.