Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Ziarah Seni MADANI Finas, santuni Shamsul Ghau Ghau
  • HIBURAN

Ziarah Seni MADANI Finas, santuni Shamsul Ghau Ghau

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ZIARAH… Datuk Hans Isaac (tengah) menyantuni pelawak Shamsul Ghau Ghau (kanan) dengan menyampaikan sumbangan menerusi inisiatif Ziarah Seni MADANI FINAS di kediamannya di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi (kiri). Foto BERNAMA

BANGI: Kunjungan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Hans Isaac ke kediaman pelawak Shamsul Ghau Ghau, di Bandar Baru Bangi baru-baru ini mencerminkan komitmen Finas untuk sentiasa bersama-sama dengan penggiat industri.

Hans berkata sumbangan yang diberikan kepada Shamsul semasa program Ziarah Seni MADANI itu bagi membantu penggiat industri seni berkenaan yang berdepan kesukaran termasuk masalah kesihatan.

“Kita tak tahu bila sahabat-sahabat kita dalam industri akan ditimpa kesusahan atau masalah kesihatan. Jadi tanggungjawab kita adalah untuk ada bersama-sama mereka, bukan hanya ketika berada di puncak, tetapi juga ketika susah. 

DATUK Hans Isaac berkongsi pandangan dan keprihatinan terhadap kebajikan penggiat seni tanah air selepas selesai inisiatif Ziarah Seni MADANI FINAS di sebuah kediaman di Bandar Baru Bangi, hari ini. Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen FINAS dalam menyantuni warga industri kreatif, khususnya mereka yang sedang diuji dengan cabaran kesihatan dan kehidupan. Foto BERNAMA

“Dalam industri ini, tiada beza sama ada dia artis popular, pengarah atau kru, semuanya sama. Tidak ada ‘double standard’ dalam membantu mereka …Itu tanggungjawab Finas dan kita bersama-sama industri secara holistik,” katanya kepada pemberita.

Dalam kunjungan yang turut  dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi itu, Hans menyampaikan sumbangan tunai.

Sebelum ini, media melaporkan Shamsul Ghau Ghau atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin yang juga merupakan pelakon, baru selesai menjalani pembedahan membuang darah beku pada otak kiri susulan pendarahan.

PELAWAK terkenal tanah air, Shamsul Ghau Ghau (Shamsul Azahar Alidin) ketika menerima kunjungan menerusi inisiatif Ziarah Seni MADANI anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di kediamannya di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini. Foto BERNAMA

Shamsul, 58, menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAA), Serdang.

Isteri Shamsul, Sharifah Azrinah, 52, berkata suaminya masih memerlukan sokongan rapi khususnya dalam tempoh 90 hari pertama pemulihan seperti dinasihatkan doktor, selain memaklumkan Shamsul turut mengalami kesukaran pertuturan susulan insiden berkenaan.

“Saya amat menghargai keprihatinan Finas serta rakan-rakan industri yang hadir memberi sokongan. Bantuan dan doa mereka sangat bermakna buat kami sekeluarga dalam melalui fasa sukar ini,” katanya. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Menjelang Konsert Mega, Ella fokus vokal, kesihatan dan rehat
Next: Catherine O’Hara, pelakon watak ibu Kevin dalam “Home Alone”, meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.