Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ziarah prihatin bukti ADUN Kabong dekat dengan rakyat
  • Selatan
  • WILAYAH

Ziarah prihatin bukti ADUN Kabong dekat dengan rakyat

Utusan Sarawak 6 hours ago
Dato Mohd Chee Kadir dan Datin Meryani Yasin telah mengadakan lawatan ziarah prihatin ke Hospital Sarikei bagi menziarahi pesakit dari kawasan Kabong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

SARIKIEI: Keprihatinan berterusan terhadap kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan kepimpinan setempat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir mengadakan lawatan ziarah prihatin ke Hospital Sarikei bagi menziarahi pesakit dari kawasan Kabong.

Lawatan yang memperlihatkan pendekatan kepimpinan berteraskan rakyat itu turut disertai isterinya, Datin Meryani Yasin, sebagai tanda sokongan moral dan empati kepada pesakit serta ahli keluarga yang terlibat.

Dato Mohd Chee Kadir dan Datin Meryani Yasin telah mengadakan lawatan ziarah prihatin ke Hospital Sarikei bagi menziarahi pesakit dari kawasan Kabong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Dalam lawatan berkenaan, Chee Kadir menziarahi Salmah Embir, seorang penduduk Kabong yang sedang menerima rawatan di Hospital Sarikei sejak 3 November lalu akibat masalah sakit tua.

Kehadiran ADUN Kabong bersama isteri bukan sahaja memberi sinar harapan kepada pesakit, malah membuktikan bahawa kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian tanpa mengira keadaan dan masa.

Seterusnya, Chee Kadir dan Datin Meryani turut menziarahi Nooriza Yaman yang dimasukkan ke Hospital Sarikei pada 14 Disember lalu selepas menjalani pembedahan usus akibat ketumbunan.

Dato Mohd Chee Kadir dan Datin Meryani Yasin telah mengadakan lawatan ziarah prihatin ke Hospital Sarikei bagi menziarahi pesakit dari kawasan Kabong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Dalam pertemuan tersebut, beliau menyampaikan kata-kata semangat serta bertanya khabar keadaan kesihatan pesakit, sekali gus menunjukkan keprihatinan tulen seorang pemimpin terhadap rakyat di bawah jagaannya.

Chee Kadir bersama isteri turut mendoakan agar kedua-dua pesakit dikurniakan kesembuhan yang segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan yang sedang dilalui.

Lawatan ziarah prihatin ini jelas membuktikan komitmen berterusan kepimpinan setempat dalam menjaga kebajikan rakyat, sekali gus mengukuhkan hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Pokok Krismas tema kupu-kupu hiasi kediaman Julia
Next: Pusat Komuniti baharu bernilai RM100,000 bakal dibina di Rumah Edmund Kumbong Sungai Ruan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.