Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Zetrix AI, CAICT perkenal protokol kepercayaan berasaskan blockchain untuk ejen AI
  • TEKNOLOGI

Zetrix AI, CAICT perkenal protokol kepercayaan berasaskan blockchain untuk ejen AI

Utusan Sarawak 6 hours ago
AVATAR diperkenalkan oleh Zetrix AI Bhd semasa Persidangan Internet Dunia Asia-Pasifik di Hong Kong. Foto: Zetrix AI Bhd

KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd dan Akademi Teknologi Maklumat dan Komunikasi China (CAICT) memperkenalkan satu inisiatif baharu iaitu protokol kepercayaan berasaskan blockchain untuk ejen kecerdasan buatan (AI), yang disifatkan sebagai infrastruktur penting bagi menyokong ‘ekonomi agentik’ yang sedang berkembang.

Dalam ekonomi tersebut, sistem AI berupaya bertindak, bertransaksi dan berkomunikasi bagi pihak individu serta syarikat.

Dilancarkan pada Persidangan Internet Dunia Asia-Pasifik di Hong Kong, platform dikenali sebagai Avatar ini membolehkan individu dan syarikat mencipta ‘kembar digital’  AI agentik yang dilatih mengikut personaliti, citarasa, pengetahuan serta gaya komunikasi pengguna.

Ejen tersebut berupaya berinteraksi dengan pengguna, ejen AI lain dan sistem dalam talian bagi melaksanakan pelbagai tugasan, yang diperkukuh oleh lapisan identiti yang disahkan serta mempunyai akses kepada bukti kelayakan atau aset digital.

Pengumuman ini dibuat ketika kebanyakkan syarikat mula melangkaui penggunaan chatbot ke arah sistem autonomi yang mampu berunding, menyelaras, melaksanakan aliran kerja serta mewakili pengguna dalam persekitaran digital.

“Avatar membolehkan peralihan tersebut melalui protokol kepercayaan yang berfungsi untuk mengesahkan identiti pihak yang diwakili ejen, skop kebenarannya, serta kesahihan aset atau bukti kelayakan yang digunakannya,” menurut kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama hari ini.

Dibina berasaskan kerangka hibrid OpenClaw serta integrasi blockchain Astron dan Zetrix, Avatar membolehkan ejen AI mengakses kelayakan yang boleh disahkan, termasuk identiti, kelayakan profesional dan aset digital.

Platform ini akan dilengkapi dengan rangka kerja keselamatan yang diperakui oleh CAICT, di samping sebuah pusat tugas ejen terbuka yang membolehkan pembangun pihak ketiga menerbitkan ejen khusus mereka sendiri.

Dikenali sebagai MYEG Services Bhd sebelum ini, Zetrix AI merupakan syarikat perkhidmatan digital dan penyedia teknologi blockchain berpangkalan di Malaysia. – Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Saintis Malaysia terlibat kajian teknologi pesawat masa depan nasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.