Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Zara Qairina: Pendengaran kes hina mahkamah Shafie Apdal ditetapkan 3 Februari
  • MAHKAMAH

Zara Qairina: Pendengaran kes hina mahkamah Shafie Apdal ditetapkan 3 Februari

Utusan Sarawak 14 hours ago
MAHKAMAH Sesyen di sini hari ini menetapkan pendengaran kes menghina mahkamah melibatkan Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berhubung kenyataannya didakwa berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir, pada 3 Februari tahun hadapan.

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan pendengaran kes menghina mahkamah melibatkan Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berhubung kenyataannya didakwa berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir, pada 3 Februari tahun hadapan.

Mohd Shafie tidak hadir pada prosiding hari ini, walaupun mahkamah sebelum ini mengingatkan peguamnya untuk memastikan Ahli Parlimen Semporna itu, hadir ke mahkamah apabila kes disebut.

Pada prosiding hari ini, Hakim Amir Shah Amir Hassan turut mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavitnya selewat-lewatnya pada 26 Disember, dengan memfailkan jawapan balas pada 9 Januari tahun depan dan hujahan bertulis kedua-dua pihak perlu difailkan selewatnya pada 19 Januari tahun depan.

Mohd Shafie, diwakili pasukan peguan diketuai Chen Ket Chuin KC bersama Jakariya Ab Jalil dan Bartholomew Jingulam, memaklumkan mahkamah bahawa permohonan untuk membatalkan prosiding komital itu difailkan pada 15 Disember.

Chen berkata pihak pembelaan juga akan memfailkan afidavit untuk menyokong permohonan itu dan menentang prosiding komital yang disahkan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalan. 

Pada 23 Oktober, Amir Shah memberikan kebenaran kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap responden, selepas hujahan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa dan Nadia Mohd Izhar.

Menurut AGC, selaras dengan kebenaran mahkamah yang diberikan itu, kertas kausa bagi prosiding komital telah diserahkan kepada Mohd Shafie pada 3 November lepas di Tawau, Sabah.

Responden dikehendaki menjawab penyataan tersebut mengikut Aturan 52 Kaedah 3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, serta memfailkan afidavit sokongan masing-masing dalam tempoh 14 hari.

-Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Kes cerai Kamal Adli, Uqasha Senrose: Proses pendamaian temui jalan buntu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.