Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Zara Qairina: Lima remaja berdepan tuduhan buli
  • MAHKAMAH

Zara Qairina: Lima remaja berdepan tuduhan buli

Utusan Sarawak 13 hours ago
ANGGOTA keselamatan berkawal di luar Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu susulan lima remaja perempuan bawah umur dijadual didakwa di Mahkamah Kanak-kanak pagi ini berhubung kes buli pelajar Zara Qairina Mahathir. Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Lima remaja perempuan bawah umur dijadual didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini pagi ini berhubung kes buli pelajar Zara Qairina Mahathir.

Mereka yang berumur di bawah 18 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan iaitu berhubung kesalahan menggunakan atau membuat apa-apa perkataan atau komunikasi yang mengancam, kesat atau menghina.

Kesemua remaja itu tiba di pekarangan mahkamah menaiki sebuah van diiringi kenderaan polis pada 8.25 pagi.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah meneliti kertas siasatan kes kematian pelajar itu yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memutuskan untuk menuduh beberapa suspek berdasarkan keterangan yang ada.

AGC turut memaklumkan prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina,13.

Mahkamah Koroner di sini pada Isnin menetapkan 3 September ini untuk memulakan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Zara Qairina.

Pada 12 Ogos, AGC memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh PDRM berhubung kes tersebut.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai.– Bernama

Continue Reading

Previous: Mahkamah Tinggi tetapkan 25 Ogos dengar hujah permohonan gali semula kubur pelatih Palapes UTM
Next: Pemandu lori didenda RM8,500 bawa muatan lebihi had LPKP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.