Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Zambry ucap takziah atas pemergian penjaga gol legenda Pulau Pinang Firos Mohamed
  • SEMASA

Zambry ucap takziah atas pemergian penjaga gol legenda Pulau Pinang Firos Mohamed

Utusan Sarawak 16 hours ago
FOTO Facebook Zambry Abd. Kadir

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham penjaga gol legenda Pulau Pinang Firos Mohamed yang meninggal dunia ketika beraksi dalam perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru ‘Legend All Star’ di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Zambry menerusi hantaran di Facebook pagi tadi turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham, dan menyifatkan kehilangan Firos, sebagai satu kehilangan besar buat komuniti bola sepak negara.

“Saya telah mengarahkan agar segala bentuk bantuan yang diperlukan disalurkan kepada keluarga Allahyarham, termasuk urusan penghantaran jenazah dan pengebumian agar semuanya dipermudahkan.

“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Firos Mohamed. Semoga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini,” katanya.

Beliau turut mengajak orang ramai untuk mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Menurut Zambry, beliau sendiri sempat hadir ke hospital selepas dimaklumkan mengenai berita duka itu, dan berkesempatan menemui keluarga Allahyarham bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberikan sokongan moral.

Firos, 53 tahun meninggal dunia selepas dilaporkan rebah ketika menyertai perlawanan tersebut malam tadi.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN Sabah terbubar sendiri 11 November ini – Speaker
Next: Tun Wan Junaidi, isteri bergotong-royong sediakan bubur asyura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.