Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Zaini Ujang dilantik KSU Kementerian Sumber Manusia
  • NASIONAL

Zaini Ujang dilantik KSU Kementerian Sumber Manusia

Utusan Sarawak 2 years ago

Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zaini Ujang dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Manusia berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Zaini, 58, yang memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 6 Ogos 1988 sebelum memegang jawatan pegawai tadbir dan diplomatik pada 1 Oktober 2011, pernah berkhidmat sebagai KSU Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini berkata, Zaini berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, pendidikan, perancangan, penyelidikan dan alam sekitar khususnya teknologi air.

“Semoga dengan pelantikan ini beliau dapat merealisasikan visi kementerian sebagai ‘Peneraju Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia Negara’,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ada kebarangkalian gempa bumi berlaku di Malaysia – NRECC
Next: Wan Hassan dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.