Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Zabariah dilantik menjalankan kuasa dan tugas Presiden Mahkamah Rayuan
  • SEMASA

Zabariah dilantik menjalankan kuasa dan tugas Presiden Mahkamah Rayuan

Utusan Sarawak 21 hours ago
HAKIM Mahkamah Persekutuan Zabariah Yusof akan menjalankan kuasa dan tugas presiden Mahkamah Rayuan hingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

PUTRAJAYA:  Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dilantik untuk menjalankan kuasa dan tugas Presiden Mahkamah Rayuan.

Dalam surat bertarikh semalam, Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang menjalankan kuasa dan tugas Ketua Hakim Negara, berkata pelantikan Zabariah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 9 (3) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Pelantikan Zabariah bermula semalam hingga jawatan tersebut diisi secara hakiki, menurut surat itu. 

Sesalinan surat berkenaan turut dihantar kepada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Zamri Bakar dan Pendaftar Mahkamah Rayuan Jumirah Marjuki.

Bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim bersara apabila mencapai usia 66 tahun semalam, iaitu umur persaraan wajib bagi hakim.

Zabariah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Januari 2009.

 Beliau disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 9 Ogos 2010 dan kemudiannya ditugaskan di Mahkamah Tinggi Seremban pada 2 Januari 2013 sebelum kembali bertugas sebagai hakim Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  pada 2016. 

Zabariah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 21 Mac 2016 dan dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan pada 5 Disember 2019.

Beliau telah mencapai usia 66 tahun pada 10 April lepas namun beliau telah menerima lanjutan perkhidmatan selama enam bulan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pada Mac lepas, Zabariah telah dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia merupakan jawatan kedua tertinggi dalam badan kehakiman Malaysia selepas Ketua Hakim Negara.– Bernama

Continue Reading

Previous: Menangani kes HIV di IPT perlu pendekatan berbeza – Pakar
Next: MOF umum kemudahan kepada industri dalam tempoh peralihan perubahan SST

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.