
SARIKEI: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab menggesa masyarakatagar memanfaatkan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) sebagai platform untuk mempererathubungan kekeluargaan, persahabatan dan perpaduan antara kaum.
Katanya, berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina, tahun ini merupakan Tahun Kuda yang melambangkan suasana penuh tenaga, kepantasan dan semangat yang membara.
“Semoga sambutan Tahun Kuda (Api) ini membawa kebahagiaan yang melimpah-ruah, rezeki yang tidak putus dan kasih sayang yang erat buat kita sekeluarga.
“Gunakanlah peluang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina ini untuk merapatkan lagihubungan baik antara kaum dan keluarga serta sahabat handai,” katanya ketika dihubungimedia, hari ini.
Sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan, Yusuf turut menyampaikan sumbangan kekTahun Baharu Cina berjumlah keseluruhan 173 kotak kek khas kepada keluarga masyarakat Tionghua di kawasan Parlimen Tanjong Manis.

Katanya, pemberian tersebut merupakan sumbangan ikhlas sebagai tanda kasih sayangkepada masyarakat setempat sempena sambutan perayaan tersebut.
Penyerahan sumbangan kepada masyarakat Cina di kawasan Parlimen Tanjong Manis tersebut telah diwakili oleh kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis yang mulamengagihkan kek tersebut kepada penerima bermula semalam.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakankeselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan, khususnya ketika menggunakan laluanutama yang sibuk.
“Saya berharap juga semoga kita sentiasa berhati-hati dalam perjalanan di jalan raya dan sentiasa memandu mengikut had laju yang dibenarkan semasa musim perayaan yang penuhsesak dengan kenderaan terutama di jajaran Pan Borneo.
“Selamat Tahun Baharu Cina 2026. Gong Xi Fa Chai,” katanya.
Oleh Earl Anek