Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Yusuf gesa KPM baiki sekolah daif di Tanjong Manis
  • SEMASA

Yusuf gesa KPM baiki sekolah daif di Tanjong Manis

Utusan Sarawak 1 day ago
AHLI Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) supaya memberikan perhatian untuk membaiki sekolah daif di Parlimen Tanjong Manis secara berterusan dan berperingkat-peringkat.

Menurutnya, kebanyakan sekolah di Tanjong Manis sudah berusia lebih dari 50 tahun dan kebanyakan struktur bangunan sekolahnya adalah diperbuat daripada kayu dan papan.

“Seperti yang kita sedia maklum, bangunan kayu papan ada jangka hayatnya yang tertentu dan tidak kekal lama dan perlu diperbaiki atau ditukar baharu apabila sampai masanya.

Disebabkan oleh keadaan sekolah yang sudah uzur, kerja-kerja membaiki menjadi semakin kerap dan mengganggu suasana pembelajaran di sekolah.

“Apabila sekolah dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami kerosakan serta cukup dengan kemudahan yang diperlukan, maka suasana pembelajaran akan menjadi lebih selesa dan lancar dan pelajarnya akan dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan dan efektif,” katanya ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini.

Yusof memberitahu, di Tanjong Manis, terdapat 13 sekolah yang sangat daif dan memerlukan perhatian segera daripada Kementerian untuk dibuat baik pulih atau dibina baru.

“Sekolah tersebut adalah SK Mohd Redeh, SK Telok Gelam, SK Kampung Kut, SK Bakerkong, SK Kampung Betanak, SK Kampung Tekajong, SK Kampung Penipah, SK Kampung Bruit, SK Mupong, Sk Mupong Ulin, SK Bayang dan SK Stalun.

“Untuk menggantikan blok sekolah yang rosak ini, saya ingin mencadangkan penggunaan teknologi pembinaan yang terkini dan moden dengan menggunakan sistem IBS atau Sistem Binaan Berindustri yang telah terbukti boleh menjimatkan masa dan kos pembinaan dan juga tenaga kerja,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh tentang baru SK Orang Kaya Muda Pakeri Paloh yang mengalami kerosakan dan keretakan serius pada struktur utama bangunannya dan telah diisytiharkan sebagai tidak selamat untuk digunakan.

Katanya, pihak sekolah menggunakan bangunan lain seperti asrama dan kantin untuk dijadikan kelas sementara tempat mengajar dan belajar, dan keadaan sebegini sudah berlarutan lebih satu tahun.

“Baru-baru ini, saya difahamkan bahawa peruntukan sedi ada untuk bina baru sekolah sebanyak RM28 juta adalah tidak mencukupi dan terpaksa dirujuk semula kepada Kementerian untuk NOC atau Notis Perubahan untuk mendapatkan dana tambahan sebanyak RM 10 juta lagi.

“Sudah pasti proses ini akan memakan masa yang lama dan pembelajaran di sekolah akan terganggu lebih lama.

“Oleh yang demikian, saya memohon kepada Kementerian supaya mempercepatkan proses NOC ini dan saya cadangkan supaya pembinaan dimulakan dengan peruntukan sedia da, sementara permohonan dana tambahan diproses. Ini adalah langkah terbaik untuk mempercepatkan lagi pembinaan sekolah tersebut,” kata beliau.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah selamat tiba di Kuching
Next: Premier Sarawak terima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.