Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Yussibnosh nafi berlaku perpecahan
  • TEMPATAN

Yussibnosh nafi berlaku perpecahan

Utusan Sarawak 3 years ago

MUKAH: Desas desus bahawa ada pepecahan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Cawangan Tellian (PBB N.57 Tellian) adalah tidak benar.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.57 Tellian, Yussibnosh Balo telah menyangkal `cerita-cerita’ yang tidak benar itu.

“Sebagai seorang yang berpendirian teguh dan setia kepada parti, saya menolak kenyataan bahawa PBB Cawangan Tellian ini telah berpecah,” katanya ketika dihubungi pada petang semalam.

Malah, tambahnya mereka sudah lama bersedia untuk  menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN 12) kali ini.

“Kita dalam parti sebenarnya telah  bersedia awal-awal lagi untuk PRN 12  ini. Kita akur dan tetap setia kepada parti walau siapapun dipilih untuk menjadi calon mewakili PBB/GPS(Gabungan Parti Sarawak)  bagi memastikan calon menang dalam pilihan raya,” ujar beliau lagi.

Yussibnosh menyatakan kini beliau membantu calon baharu, Royston Valentine, untuk memastikan kemenangan berpihak kepada GPS.

“Sekarang saya ada di bilik gerakan sebagai Ketua Bilik Gerakan dan agen calon PBB/GPS N.57 Tellian ,” jelas beliau lagi.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Calon DUN Satok santuni masyarakat, perjelas lambang GPS
Next: Hamzah yakin penduduk bijak menilai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.