Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • YPM salur RM1,000 kepada keluarga mangsa nahas di JRTB
  • KEMALANGAN

YPM salur RM1,000 kepada keluarga mangsa nahas di JRTB

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Dr Asyraf Wajdi Dusuki mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi mangsa kemalangan bas melibatkan pelajar-pelajar UPSI di JRTB dan menyampaikan bantuan. Foto Facebook DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

IPOH: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada waris pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik, awal pagi, semalam.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban keluarga mangsa.

“Hari ini saya berkesempatan mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi mangsa kemalangan bas melibatkan pelajar-pelajar UPSI di JRTB dan menyampaikan bantuan. 

“Jadi harapnya sumbangan RM1,000 secara segera ini dapat mengurangkan bebanan keluarga-keluarga yang datang hari ini untuk menziarahi mangsa kemalangan yang cukup menyayat hati kita semua,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini. 

Sebanyak 15 pelajar UPSI maut dalam kejadian membabitkan sebuah bas persiaran dengan sebuah Perodua Alza pada kira-kira 1.10 pagi di JRTB, berdekatan Tasik Banding, Gerik.

Semasa kejadian, bas berkenaan yang membawa 42 pelajar UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus universiti di Tanjung Malim, Perak. – Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Nahas di Gerik: Jenazah 13 lagi pelajar UPSI disembahyangkan di Masjid Hadhari
Next: Dua jenazah pelajar UPSI tiba di kampung halaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.