Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Yayasan Sarawak peruntukan RM30 juta
  • TEMPATAN

Yayasan Sarawak peruntukan RM30 juta

Utusan Sarawak 4 years ago
PENJELASAN…Azmi Bujang menjawab soalan para wartawan semasa sesi sidang akhbar di Wisma Adenan,Kuching semalam. • Foto:ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak bersetuju akan menanggung baki pinjaman para pelajar Sarawak daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 30 peratus berkuat kuasa, semalam.

Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang berkata, inisiatif berjumlah RM30 juta itu hanya layak kepada mereka yang sudah membayar sekurang-kurangnya 30 peratus pinjaman kepada PTPTN.

“Inisiatif ini hanya layak bagi pelajar yang telah membayar sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pinjaman PTPTN mereka dan Yayasan Sarawak akan membayar 30 peratus daripada baki pinjaman tersebut.

“Melalui pendekatan ini, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Sarawak akan membelanjakan sebanyak RM30 juta yang dimanfaatkan oleh 9,634 orang pelajar,” katanya dalam sidang media di Auditorium Yayasan Sarawak, semalam.

Tambahnya, buat masa ini,Yayasan Sarawak dan PTPTN masih dalam peringkat terakhir dokumentasi.

“Pelajar boleh menghubungi PTPTN untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai pinjaman mereka,” ujarnya.

Azmi turut menggesa pelajar yang jumlah bayaran balik mereka masih belum mencapai tahap 30 peratus agar membayar PTPTN supaya dapat menikmati inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini.

“Dalam pada itu, Yayasan Sarawak berharap, pelajar yang layak menikmati inisiatif ini untuk meneruskan pembayaran baki pinjaman mereka kepada PTPTN,” jelasnya.

Katanya, pendekatan ini juga akan dipanjangkan kepada pelajar di bawah Skim Biasiswa Pinjaman Dalam Negara Yayasan Sarawak.

“Seramai 3,715 pelajar layak menerima inisiatif ini berdasarkan formula yang sama.

“Bagi pelajar di bawah Skim Biasiswa Pinjaman Dalam Negara Yayasan Sarawak, permohonan boleh dibuat secara bertulis kepada Yayasan Sarawak,” tambahnya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: 73,000 KIR TERIMA BANTUAN
Next: 61 permohonan diluluskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.